Perlambangan budaya Tisel

Di Scotland

Tisel merupakan bunga kebangsaan Scotland sejak pemerintahan Alexander III (1249-1286). Ia tidak sahaja pernah digunakan pada matawang, pingat dan lambang pertubuhan berkaitan negeri tersebut; malah juga melambangkan kebudayaan orang-orang yang berhijrah dari negeri ini ke rantauan jauh seperti di Kanada dan Amerika Syarikat.

Perlambangan ini datang daripada suatu lagenda di mana kononnya seketumbukan tentera Norse cuba mencuri masuk sebuah perkhemahan tentera Scotland; salah satu pahlawan Norse ini yang berkaki ayam terpijak kepala sekuntum thistle yang berduri lalu menjerit kesakitan - jeritan ini segera mengejutkan askar-askar Scotland dari tidur mereka lalu menyerang tentera Norse ini. Beberapa sumber mencadangkan peristiwa Pertempuran Largs yang menyebabkan pengunduran Raja Haakon IV dari Norway yang berkuasa terhadap Kepulauan-Kepulauan Utara dan Hebrid; askar pimpinan raja ini pernah menyerang pesisiran Kerajaan Scotland selama beberapa tahun.[10]

Di kawasan lain

Spesies Onopordum acanthium dijadikan bunga rasmi kawasan Lorraine di Perancis sejak sejarah awalnya sebagai sebuah kerajaan pada zaman Pertengahan - ia dipakai seorang pembesar utama kerajaan ini René dari Anjou kerana perlambangan Kristiannya - getah putih yang kelihatan rembesan bunga ini dikatakan melambangkan susu titisan Bunda Maria menyusukan anaknya Yesus Kristus - malah juga sebagai simbol cinta.[11]